Selamat Datang!

Posted on 15. Aug, 2010 by in Umum

Selamat datang ke blog rasmi MCSB.

Terima kasih, dengan bertujuan untuk memenuhi keperluan informasi yang serba canggih pada hari ini maka blog ini telah kami lancarkan.

Segala maklumat tentang aktiviti, produk, pekerjaan dan perkara am yang melibatkan MCSB akan di kemaskini di dalam blog ini. Informasi terkini yang dikemaskini juga akan dipaparkan dimuka hadapan laman web rasmi MCSB di mohdcopier.com.

Sebarang jawapan bagi persoalan berkaitan produk MCSB juga akan dipapar dan dikemaskini dari masa ke semasa di dalam blog ini.

Kini, untuk para pelanggan yang mempunyai kemusykilan, selain telefon dan email.. anda juga boleh bertanya soalan melalui ruangan komen yang terdapat dibahagian bawah setiap entri. Bagi makluman semua, komen-komen yang berbentuk menghina, mencaci, menggunakan perkataan kesat, perkauman atau soalan yang tidak berkaitan MCSB, akan dipadam oleh pihak admin blog ini.

Bagi perkerja MCSB, anda boleh menggunakan blog ini sebagai sumber informasi untuk sebarang perkembangan syarikat.

Adalah diharapkan dengan adanya blog ini ia akan memberi lebih kemudahan buat para pelanggan serta pembekal yang dihormati.

Terima kasih.

Tags: ,