Tentang

Mohd Copierserv & Trading Sdn Bhd (569442-V) telah beroperasi sejak 1994 pengkhususan di dalam bidang automasi dan pusat fotostat. Pada awal penubuhannya MCSB lebih dikenali sebagai JRA Copierserv & Trading dan penjenamaan semula telah dilakukan pada 1998 sejajar dengan peningkatan ekonomi negara.

Kini kami dikenali sebagai Mohd Copierserv & Trading Sdn Bhd (MCSB). MCSB telah didaftarkan sebagai syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2002 dengan nombor pendaftaran syarikat 569442-V.

Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, untuk kepuasan semua pelanggan. Kami juga bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera terutamanya, dengan menawarkan pakej-pakej istimewa bagi bakal usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan perkhidmatan fotostat digital, percetakan dan automasi pejabat.

Misi

Kami sentiasa berusaha agar menjadi sebuah syarikat bumiputera yang terulung dan mempunyai kepakaran yang terkini di dalam bidang perkhidmatan Fotostat Digital,Percetakan dan Automasi Pejabat

Visi

1-Menawarkan perkhidmatan berteknologi tinggi

2-Mencipta satu sistem perkhidmatan yang unik, berinovasi dan berdaya saing

3-Mempertingkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa

4-menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan

5-Memastikan pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan